https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=388215591844977&id=170782270254978
Tanah Kampung Baru adalah dekat dengan KLCC.
Harga tanah di KLCC cecah RM3,000 satu kaki persegi manakala kerajaan PH kata harga paling tinggi yang ditawar mereka untuk tanah Kampung Baru adalah RM850 satu kaki persegi berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Bukan luar biasa jika ada kala harga JPPH boleh jauh di bawah harga pasaran.
Perkara ini boleh berlaku dan ini juga diakui oleh Guan Eng sendiri apabila dia memuji dirinya semasa menjual tanah Bayan Mutiara di Pulau Pinang sejurus selepas dia menjadi Ketua Menteri. (ya, dia banyak jual tanah kerajaan semasa dia Ketua Menteri)
Masa itu, DAP menjual 102.6 ekar tanah kerajaan Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion kepada syarikat swasta – atau harga purata RM240 satu kaki persegi.
Masa itu juga, BN membantah kerana nilai tanah di sekitar sana pernah dijual setinggi RM420 satu kaki persegi.
Tetapi Guan Eng menyangkal BN dengan merujuk kepada penilaian dari JPPH yang memberi nilai tanah tersebut adalah antara RM65 ke RM83 untuk setiap kaki persegi.
Lalu dia puji diri sendiri bahawa dia mampu jual tanah kerajaan negeri pada harga berganda lebih tinggi dari harga JPPH tetapi masih di bawah harga pasaran yang dibuktikan oleh BN.
Bukti dari mulut Guan Eng sendiri ada di sini: https://dapmalaysia.org/english/2012/may12/lge/lge1616.htm
Oleh itu, jangan diperdaya oleh Menteri HARAPAN Coin jika dia masih pegang tetap kepada penilaian JPPH kerana akhirnya, kroni-kroni PH yang akan untung besar atas tanah Rakyat.
